Rusia didakwa cuba jejaskan keyakinan pengundi AS

Bekas Naib Presiden AS, John Biden pernah kalah dalam proses pemilihan calon presiden Amerika Syarikat di peringkat pemilihan awal di Iowa baru-baru ini. Foto AFP
Bekas Naib Presiden AS, John Biden pernah kalah dalam proses pemilihan calon presiden Amerika Syarikat di peringkat pemilihan awal di Iowa baru-baru ini. Foto AFP
A
A
A

RUSIA yang sudah diketahui sering menjadi saingan kepada Amerika Syarikat (AS) baik dari segi perlumbaan senjata pemusnah dan pengaruh kuasa kini didakwa cuba untuk menghakis kepercayaan para pengundi terhadap sistem pengundian di negara 'Uncle Sam' itu.

Serangan mengikis keyakinan para pengundi itu dikesan berlaku secara aktif menerusi satu analisis yang dibuat oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS (DHS) yang didedahkannya baru-baru ini.

Rusia dipercayai melakukan perbuatan itu kerana rakyat yang layak mengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih ketua negara tersebut melalui pilihan raya presiden AS pada 3 November ini.

Berdasarkan laporan yang dikumpulkan oleh DHS itu dan didedahkan kepada orang awam pada Khamis lalu, keyakinan para pengundi terhadap undian secara pos dengan sengaja dikikis melalui media Rusia dan beberapa buah kumpulan lain.

Penemuan itu sekali gus menunjukkan bahawa Moscow sudah pun terlibat dalam kempen untuk memusnahkan kepercayaan para pengundi terhadap sistem pengundian yang mana Presiden AS, Donald Trump turut juga menyuarakan kebimbangan akan berlakunya penipuan undi dalam sistem pos.

Ini adalah kerana sebahagian besar pengundi dijangka memilih untuk mengundi dengan cara undi pos berikutan pandemik koronavirus (covid-19) masih belum lagi menunjukkan tanda-tanda akan reda di negara itu.

Laporan pada 3 September lalu yang berjudul Rusia Berkemungkinan Berusaha Untuk Menjejaskan Kepercayaan Dalam Proses Pengundian AS menjelaskan tentang perdebatan orang awam berhubung undian melalui pos.

Ia menggambarkan satu sasaran operasi pengaruh fitnah pihak asing yang berusaha untuk menjejaskan kepercayaan di dalam proses pengundian dengan menyebarkan maklumat tidak betul mengenai undi pilihan raya melalui pos.

Artikel Berkaitan:

Laporan itu didedahkan seminggu selepas sekumpulan para pegawai undang-undang dan perisikan persekutuan memberitahu pemberita-pemberita dalam satu taklimat bahawa mereka tidak melihat sebarang bukti tentang penglibatan negara asing yang cuba untuk memanipulasi undian melalui pos seperti dakwaan Trump dan Peguam Negara, William Barr.

Ramai pengundi Amerika Syarikat dijangka menggunakan undi pos pada pilihan raya presiden negara itu pada bulan November ini. - Foto AFP
Ramai pengundi Amerika Syarikat dijangka menggunakan undi pos pada pilihan raya presiden negara itu pada bulan November ini. - Foto AFP

Ia menyatakan bahawa melalui media dan rangkaian sosial, Moscow telah menggalakan warga AS berasa bimbang tentang akan berlakunya penipuan dalam undi, banyak kesilapan dalam pengiraan dan pengurusan undian yang salah oleh pihak perkhidmatan pos.

Hujah itu juga merupakan salah satu sebab Trump membidas undian melalui pos.

Presiden AS itu dan ramai anggota parti Republikan mendakwa undian melalui pos akan menyebabkan berlakunya penipuan secara meluas sekali gus persoalan tentang pengiraan undi.

Aktiviti campur tangan Rusia bagi mempengaruhi para pengundi negara itu berlaku ketika persidangan kaukus dan peringkat pemilihan awal parti Demokrat pada awal tahun ini tentang calon presiden negara 'Uncle Sam' tersebut.

Bagaimanapun, aktiviti tersebut diperhebatkan ketika pandemik Covid-19 mula untuk merebak dan para pegawai pula mempromosikan undian melalui pos.

"Kami menilai bahawa Rusia berkemungkinan akan terus membesar-besarkan kritikan tentang undian melalui pos dan mengubah proses pengundian di tengah-tengah pandemik Covid-19 bagi menjejaskan keyakinan masyarakat dalam proses pengundian," kata laporan yang tidak diklasifikasikan sebagai rahsia itu.

Laporan itu juga menyatakan, Moscow pernah menggunakan kempen untuk menjejaskan keyakinan pengundi seperti mana ia lakukan pada pilihan raya presiden tahun 2016 dan pilihan raya Dewan Perwakilan dan Dewan Senat AS pada tahun 2018.

Rusia didakwa menggunakan media sosial untuk cuba menjejaskan keyakinan para pengundi Amerika Syarikat terhadap sistem pengundian melalui undian pos. - AFP
Rusia didakwa menggunakan media sosial untuk cuba menjejaskan keyakinan para pengundi Amerika Syarikat terhadap sistem pengundian melalui undian pos. - AFP

Ia juga memberikan contoh media Rusia mendakwa pemilihan calon presiden AS di peringkat kaukus politik parti Demokrat di Iowa pada Februari lalu telah ditetapkan lebih awal.

Pada kaukus itu, calon presiden AS kini, Joe Biden kalah kepada Pete Buttigieg tetapi keputusan dikeluarkan dalam tempoh yang lambat berbanding daripada kebiasaan berikutan kesilapan pengiraan dan masalah satu aplikasi telefon bimbit bagi mengumumkan keputusan undian.

Pada 7 Ogos pula, satu kenyataan daripada Pusat Keselamatan dan Risikan Balas Kebangsaan Kebangsaan AS menyatakan, Rusia bekerja keras bagi menentang pencalonan Biden dengan memberikan sokongan kepada Trump sebagai presiden negara itu bagi penggal kedua seperti yang dilakukannya pada tahun 2016.

"Rusia kini menggunakan satu siri langkah untuk merendah-rendahkan bekas presiden AS, Biden dan dilihatnya sebagai seorang yang anti-Rusia," kata satu kenyataan daripada pusat tersebut.

Bagaimanapun, Pengarah Perisikan Kebangsaan, John Ratcliffe enggan memberikan lebih banyak taklimat kepada Kongres AS berhubung campur tangan itu dengan menyatakan akan hanya menghantar ringkasan kenyataan bertulis kepada anggota-anggota dewan tersebut. - Agensi