Kes Covid-19 di kem PSG meningkat

Dari kiri: Marquinhos dan Icardi antara pemain terbaharu PSG yang positif Covid-19.
Dari kiri: Marquinhos dan Icardi antara pemain terbaharu PSG yang positif Covid-19.
A
A
A

PERSIAPAN penyandang juara Ligue 1, Paris-Saint Germain (PSG) bagi mengharungi musim baharu terus terjejas apabila tiga lagi tonggak gergasi Perancis itu melibatkan tiga pemain Mauro Icardi, Marquinhos dan Keylor Navas disahkan positif Covid-19.

Menurut L'Equipe, Marquinhos mengalami gejala seperti selesema selama dua hari manakala Icardi, 27, pergi ke Ibiza Sepanyol bersama rakan sepasukan Neymar, Di Maria, Paredes dan Marco Verratti.

Bagaimanapun, kesemua pemain berkenaan akan mengikuti protokol kesihatan yang sesuai akibat dijangkiti wabak pembunuh nombor satu dunia itu.

Untuk rekod, media sebelum ini melaporkan tiga tonggak skuad The Parisiens itu seperti Neymar, Angel Di Maria dan Leandro Paredes disahkan positif Covid-19.

Dengan perkembangan terkini, ia menjadikan seramai enam pemain utama PSG dipalit Covid-19 sekali gus menimbulkan persoalan kemampuan kelab berkenaan untuk mengharungi saingan musim baharu minggu depan apabila menentang RC Lens pada Khamis.

Sebelum ini, garis panduan Liga Perancis menyatakan jika wujus lebih daripada tiga kes positif di sesebuah kelab, ia berkemungkinan akan menyebabkan penangguhan perlawana

Artikel Berkaitan: