Bersatu Johor terima sebarang keputusan parti terhadap Osman

Md Nasir Hashim
Md Nasir Hashim
A
A
A

JOHOR BAHRU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor menerima sebarang keputusan pucuk pimpinan parti terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian.

Timbalan Pengerusi Bersatu Johor, Senator Md Nasir Hashim berkata, tindakan Osman berkempen untuk calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim baru- baru ini disifatkan bukan perkara luar biasa.

"Pergerakan dan tindak tanduk beliau selama ini dalam Bersatu membuatkan kami tidak terperanjat dengan tindakan beliau berkempen untuk calon Bebas pada PRK DUN Slim baru- baru ini.

"Kami terima apa sahaja keputusan terhadap Osman. Bersatu Johor juga telah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dibuang Bersatu: Belum ada surat rasmi, kata Osman

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai kewujudan kerusi Bebas ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sekiranya Osman dilucut keahlian, Md Nasir berkata, Bersatu Johor bersedia berdepan apa juga kemungkinan melibatkan Osman.

Pada masa kini kerajaan negeri Johor di bawah Perikatan Nasional yang dibentuk UMNO, Bersatu, Pas dan MIC mempunyai 29 kerusi berbanding Pakatan Harapan (PH) sebanyak 27 kerusi.

Artikel Berkaitan: