Tidak perlu bimbang makan ikan, kerang di Johor

Keadaan kocakan air di perairan Kuala Masai–Teluk Jawa dalam Selat Terbau, Johor Bahru yang keruh akibat HAB baru-baru ini. Gambar kecil:Kupang ternakan yang sudah mati dengan cangkerang terbuka akibat HAB ditemukan di perairan Kuala Masai–Teluk Jawa, dalam Selat Tebrau Johor Bahru.

A
A
A

JOHOR BAHRU - Orang ramai tidak perlu bimbang untuk menikmati ikan dan kerang-kerangan di negeri ini berikutan tiada lagi berlaku Ledakan Alga Berbahaya (HAB) daripada spesies Alexandrium Minutum di Selat Tebrau ketika ini.

Pengarah Perikatan Johor, Noraishah Hashim berkata, hasil pemantauan berterusan oleh pihaknya mendapati tiada lagi berlaku kehadiran HAB.

"Namun buat masa ini kita masih memantau kawasan perairan terlibat dan sekitarnya walaupun keadaan telah kembali sediakala.

"Ini kerana HAB hanya berlaku di Selat Tebrau Timur iaitu perairan Kuala Masai–Teluk Jawa dan bukannya di keseluruhan perairan Johor," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 30 Ogos lalu, satu ciapan dimuat naik dalam Facebook Pejabat Perikanan Negeri Johor memaklumkan kehadiran HAB jenis spesies itu.

Kawasan ternakan kupang di perairan Kuala Masai–Teluk Jawa dalam Selat Terbrau, Johor Bahru yang sudah bebas daripada HAB.
Kawasan ternakan kupang di perairan Kuala Masai–Teluk Jawa dalam Selat Terbrau, Johor Bahru yang sudah bebas daripada HAB.

Ekoran daripada itu, orang ramai umum mulai panik dan takut untuk membeli ikan dan kerang-kerangan di pasaran.

Menurut Noraishah, Pejabat Perikanan Negeri Johor memaklumkan bahawa notis tersebut tidak pernah melarang orang awam makan ikan dan kerang-kerangan di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

"Notis tersebut dimuat naik bagi memberi kesedaran kepada masyarakat supaya lebih berjaga-jaga tentang kehadiran alga berbahaya.

"Notis itu tidak pernah melarang untuk makan melarang orang awam makan ikan dan kerang-kerangan kerana HAB tidak berlaku di keseluruhan perairan Johor, hanya di perairan Kuala Masai–Teluk Jawa," katanya.

Beliau berkata, notis berkenaan juga memohon orang awam bekerjasama dengan melaporkan segera sekiranya terdapat tanda-tanda kemunculan alga tersebut.

Katanya, sebarang maklumat boleh menghubungi Pejabat Perikanan Negeri Johor menerusi talian 07-5104808/4722 atau faks di talian 07-5095372.