DPIM gesa tindakan tegas terhadap pencemar sungai

Shahir Adnan
Shahir Adnan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan tegas termasuk menutup atau menarik balik lesen operasi kilang di kawasan perindustrian Sungai Gong, Selangor yang menyebabkan pencemaran air.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Dewan Pemuda DPIM, Shahir Adnan berkata, kejadian Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan LRA Rantau Panjang terpaksa henti operasi sejak Khamis menunjukkan seolah-olah mereka yang mencemar sungai tidak mempedulikan tindakan undang-undang atau tiada penguatkuasaan tegas oleh PBT.

Shahir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Perlindungan Pengguna Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkata, siasatan awal kejadian itu mendapati punca pencemaran adalah disebabkan kilang menyelenggara mesin dan jentera di Sungai Gong yang gagal melakukan penstoran sisa minyak buangan mengikut syarat yang ditetapkan.

Akibatnya, sungai menjadi mangsa sehingga menjejaskan rutin harian 1.2 juta pemegang akaun air di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Oleh itu, katanya tindakan lebih tegas perlu diambil agar episod pencemaran sungai tidak berulang dan kelestarian alam semula jadi Selangor terus terpelihara.- Bernama

Artikel Berkaitan: