Kluster Sivagangga: Penduduk Napoh boleh fail saman hingga 9 September

Yusrizal bertemu penuntut saman kepada pencetus Kluster Sivagangga di Pida 1 Megatdewa, Kodiang, kelmarin.
Yusrizal bertemu penuntut saman kepada pencetus Kluster Sivagangga di Pida 1 Megatdewa, Kodiang, kelmarin.
A
A
A

ALOR SETAR - Mana-mana penduduk dan peniaga di Napoh yang terjejas akibat Kluster Sivagangga tetapi belum memfailkan saman terhadap pemilik restoran Nasi Kandar Salleh bagi menuntut kerugian boleh berbuat sedemikian sehingga 9 September ini.

Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohd Yusrizal Yusoff berkata, setakat ini hampir 200 penduduk dan peniaga telah memfailkan saman bernilai RM1.5 juta pada 19 Ogos lalu.

"Masih ada penduduk tidak memfailkan saman menuntut kerugian kepada lelaki berkenaan dan kita alu-alukan untuk mereka memfailkan saman melalui Cake.

"Saya bagi masa sehingga 9 September ini untuk tarikh tutup bagi penduduk yang ingin berbuat sedemikian," katanya kepada Sinar Harian sebagai mengulas perkembangan kes tuntutan saman terhadap pemilik restoran itu susulan didakwa mencetuskan Kluster Sivagangga.

Yusrizal bertemu penuntut saman kepada pencetus Kluster Sivagangga di Pida 1 Megatdewa, Kodiang.
Yusrizal bertemu penuntut saman kepada pencetus Kluster Sivagangga di Pida 1 Megatdewa, Kodiang.



ARTIKEL BERKAITAN Cake fail saman ke atas pencetus Kluster PUI Sivagangga

Dalam perkembangan sama, katanya, Cake mengadakan pertemuan sebanyak dua kali dengan penuntut saman Kluster Sivagangga atas kerugian dialami.

"Dalam pertemuan berkenaan, kita menerangkan lebih lanjut kaedah saman kepada penduduk dan peniaga yang membuat tuntutan,"katanya.

Cake mewakili lebih 200 penduduk dan peniaga terjejas akibat penularan koronavirus (Covid-19) di Napoh memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Alor Setar, di sini, melalui Tetuan Zunun & Co.

Artikel Berkaitan: