Neville ramal MU lebih hebat daripada Liverpool musim depan

Neville
Neville
A
A
A

MANCHESTER United diramal dapat menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di kedudukan lebih baik berbanding Liverpool dalam saingan liga yang bakal membuka tirainya minggu depan.

Bekas pemain United, Gary Neville berkata, United menunjukkan perkembangan positif sejak musim lalu dan mampu menjadi pencabar trofi EPL musim depan.

"Menamatkan saingan EPL di kedudukan ketiga musim lepas adalah sesuatu yang positif buat Manchester United dan Ole Gunnar Solskjaer.Ia menunjukkan perkembangan yang telah mereka buat.

"Saya rasa United akan berjaya berada dalam kedudukan dua terbaik atau akan dapat menjadi pencabar yang kuat untuk menang EPL. Namun, tuah turut memainkan peranan dalam perkara ini," katanya.

United tidak berbelanja besar untuk mengharungi saingan liga musim depan, namun berjaya membawa masuk pemain tengah Belanda, Donny van de Beek yang diyakini dapat berganding baik dengan Bruno Fernandes dan Paul Pogba di jentera tengah The Red Devils.

Menurutnya, dia turut menjangkakan United akan dapat meraih sekurang-kurangnya satu trofi dalam saingan domestik setelah dihampakan diperingkat suku akhir dalam saingan Piala Liga Inggeris dan Piala FA musim ini.

Dalam masa sama, dia turut meramalkan Manchester City akan menjuarai EPL bersandarkan alasan bahawa pasukan itu kekal konsisten pada setiap musim.

"Tetapi, laluan City tidak mudah kerana beberapa pasukan lain juga menunjukkan persaingan hebat. Satu cabaran besar dan saingan menarik antara City, United, Chelsea, dan Liverpool musim depan," katanya.

Artikel Berkaitan: