Pemilik Manchester City beli kelab Perancis

Stade de l'Aube yang menjadi gelanggang tuan rumah buat ESTAC. - Foto The Stadium Guide
Stade de l'Aube yang menjadi gelanggang tuan rumah buat ESTAC. - Foto The Stadium Guide
A
A
A

PEMILIK kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City, City Football Group (CFG) melebarkan rangkaian penguasaan pemilikan kelabnya apabila menjadi pemilik saham majoriti bagi kelab Ligue 2 Perancis, Esperance Sportive Troyes Aube Champagne (ESTAC).

Ketua Pegawai Eksekutif CFG, Ferran Soriano berkata, pihaknya membeli saham kelab berkenaan yang sebelum ini dimiliki oleh Presdien ESTAC, Daniel Masoni.

Menurut Soriano, hasil pembelian berkenaan sekali gus menyaksikan ahli perniagaan Perancis, Maxime Ray yang juga memperoleh saham minoriti dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah kelab Perancis itu.

"Sejak sekian lama, kami mempunyai berminat menerokai segmen bola sepak Perancis dan telah lama mengikuti lama perkembangan ESTAC.

"ESTAC antara cabang perkembangan entiti bisnes untuk CFG dan menunjukkan bagaimana model kami terus beradaptasi dan seterusnya berkembang dalam jangka masa yang agak singkat.

"Oleh itu, kami kami gembira dapat menyelesaikan pemilikan kelab ke-10 kami sekali gus mempunyai kehadiran tetap CFG di Perancis," katanya.

Untuk rekod, ESTAC yang juga dikenali sebagai Troyes ditubuhkan pada 1986 memenangi Piala Intertoto pada 2001 dan menjulang kejuaraan Ligue 2 pada 2014/15 sebelum diturunkan dari Ligue 1 musim berikutnya.

Troyes beraksi di Stade de l'Aube yang berkapasiti 20,400 dan berada di kedudukan keempat saingan Ligue 2 ketika musim 2019/20 berakhir akibat pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:

CFG yang dimiliki oleh jutawan dari Abu Dhab Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan mempunyai rangkaian entiti perniagaan sukan di Australia, Jepun, Amerika Syarikat, Belgium dan kini di Perancis.

Senarai kelabnya juga merangkumi Melbourne City FC di Australia, Yokohama F Marinos (Jepun), Montevideo City Torque (Uruguay), Sichuan Jiuniu FC (China), Mumbai City FC (India), Lommel SK (Belgium), New York City (Amerika Syarikat) dan Girona (Sepanyol).