Mr.T Barbershop janji kepuasan, ketrampilan jejaka di tahap maksimum

Tega membuka Mr.T Barbershop di Seksyen 18, Shah Alam pada tahun 2017.
Tega membuka Mr.T Barbershop di Seksyen 18, Shah Alam pada tahun 2017.
A
A
A

MUNGKIN tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa kedai gunting rambut hanya sekadar satu lokasi atau tempat persinggahan biasa untuk golongan lelaki.

Objektif tukang gunting rambut adalah satu iaitu memotong rambut mengikut kehendak pelanggan dan pulang ke rumah sebaik selesai tugasan yang diamanahkan.

Berbeza dengan kaum Hawa, kedai gunting rambut atau salon adalah tempat segala-galanya buat mereka.

Di sini, hampir majoriti wanita mengambil kesempatan bukan sahaja mengenakan potongan rambut sebaliknya membuat rawatan muka, rawatan kuku tangan serta kaki, urutan badan dan sebagainya.

Justeru, tidak pelik mengapa industri kedai gunting wanita lebih meriah jika dibandingkan dengan lelaki.

Malah, ada segelintir wanita lebih gemar meluangkan masa di salon berbanding lelaki yang hanya singgah ke kedai gunting dengan satu misi iaitu memotong rambut sahaja.

Bagaimanapun, zaman kini yang serba pantas telah mengubah selera lelaki apabila mereka kini bukan hanya mementingkan potongan rambut, malah turut memiliki keinginan untuk memastikan penampilan berada pada tahap maksimum.

Artikel Berkaitan:

Pelanggan boleh mendapatkan khidmat gunting rambut, cuci rambut, cuci muka, facial, scrub muka, black mask, gold mask, eye mask dan urut mata di Mybudget Barbershop.
Pelanggan boleh mendapatkan khidmat gunting rambut, cuci rambut, cuci muka, facial, scrub muka, black mask, gold mask, eye mask dan urut mata di Mybudget Barbershop.

Menyedari hal itu, Tegaruddin Shakirinal Abdullah, 40, mengakui beliau harus melakukan satu arus perubahan dalam dunia maskulin lelaki normal yang sebelum ini tidak memandang tinggi kepada dunia kedai potong rambut.

Tegaruddin yang lebih mesra disapa Tega, mendedahkan beliau telah melihat keperluan penjagaan asas kaum lelaki semakin meningkat dan akhirnya membuat keputusan untuk membuka sebuah kedai potong rambut yang menyediakan kelengkapan rapi untuk jejaka.

Bina dinasti tersendiri

Tega berkata, potensi dalam industri kedai potong rambut semakin besar susulan lambakan kedai-kedai pelbagai gaya di sekitar Lembah Klang.

Namun Tega berkata, beliau tidak semata-mata berpaksikan kepada keuntungan sebaliknya kepuasan diri kerana sememangnya bercita-cita untuk membuka kedai potong rambut sejak kecil.

Tanpa menoleh ke belakang, Tega akhirnya berjaya membina satu dinasti tersendiri selepas menyaksikan Mr.T Barbershop sebagai penanda aras buat beliau untuk mara ke depan.

“Sewaktu saya kecil dahulu, saya selalu pergi ke kedai India untuk gunting rambut dan selalu terfikir wah senangnya kutip duit, gunting rambut orang kemudian terus dapat duit tunai.

“Daripada kecil lagi saya dah tanam dalam fikiran pada satu hari nanti saya berazam untuk membuka kedai gunting rambut.

“Pada awal tahun 2010, tiba-tiba dalam persaingan perniagaan gunting rambut di Malaysia tumbuh perniagaan baharu iaitu Barbershop. Konsep perniagaan ini telah mendapat sambutan dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia khususnya golongan Bumiputera.

“Mengikut peredaran masa dan trend perniagaan, saya membuat keputusan untuk merealisasikan cita-cita saya sewaktu kecil itu. Jadi saya mula berbincang dengan dua kenalan rapat saya Irwan Farid Kamaruddin dan Amir Ghazali.

“Pada tahun 2017, kami berjaya membuka cawangan pertama Mr.T Barbershop di Seksyen 18, Shah Alam di mana nama ini diambil daripada singkatan nama sendiri iaitu Tega.

“Pada tahun kedua mengharungi perniagaan ini, saya telah jatuh cinta dengan kedai potong rambut dan perniagaan ini. Saya dapat banyak membantu golongan yang sederhana kerana saya menyediakan pakej gunting rambut dengan harga yang berpatutan.

“Gunting rambut, cuci rambut, cuci muka, facial, scrub muka, black mask, gold mask, eye mask dan urut mata merupakan antara perkhidmatan yang disediakan.

“Inilah yang dimahukan lelaki sekarang di mana kemahuan bukan sahaja terletak pada rambut semata-mata tetapi mereka mementingkan setiap aspek supaya ketrampilan rambut selaras dengan kebersihan muka,” katanya.

Tega (duduk) bersama seorang daripada staf di Mybudget Barbershop.
Tega (duduk) bersama seorang daripada staf di Mybudget Barbershop.

Sasar 100 cawangan

Setelah hampir empat tahun dalam perniagaan ini, Tega telah membuka cawangan kedua pada Julai lalu tetapi dengan konsep dan nama yang berlainan.

Tega berkata, MyBudget Barbershop yang beroperasi di Mydin Mart Seksyen 18, Shah Alam sebenarnya dibuka untuk beliau belajar bagaimana mengawal dan mengharungi dunia cabaran perniagaan selepas membuka cawangan kedua.

“Banyak yang saya pelajari melalui pengalaman ini dan tiada sesiapa pun boleh beli pengalaman ini dengan wang ringgit.

“MyBudget Barbershop ini memang khususnya direka untuk memberi pelanggan merasai keadaan Barbershop yang sebenar tetapi dengan harga yang sangat murah.

“Konsep kedai gunting rambut ini lebih kepada syarikat pernerbangan Air Asia di mana anda pakai khidmat tambahan, perlu bayar jadi di sini pelanggan dapat berjimat dan membayar apa yang mereka perlu sahaja.

“Mr.T Barbershop dan MyBudget Barbershop telah banyak menyumbang dan membantu ekonomi negara khususnya perniagaan mikro.

“Setakat ini kami memiliki lima staf sepenuh masa dan enam staf yang bekerja sampingan di mana semuanya merupakan anak-anak tempatan Shah Alam dan kebanyakannya terlatih di bawah GiatMara dan Kolej Komuniti dalam bidang dandanan rambut

“Cita cita saya ingin membuka 100 cawangan pada masa akan datang dengan berkonsepkan MyBudget Barbershop supaya dapat membantu menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan-graduan GiatMara dan kolej Komuniti khususnya membantu golongan Bumiputera,” katanya.

Staf MyBudget Barbershop yang beroperasi di Mydin Mart Seksyen 18, Shah Alam.
Staf MyBudget Barbershop yang beroperasi di Mydin Mart Seksyen 18, Shah Alam.

Mr.T Barbershop

No. 18A, Tingkat satu Jalan Pinang C/18C Seksyen 18, 40200, Shah Alam

Mybudget Barbershop

Mydin Mart, No 4-16 Jalan Pinang 18/G Seksyen 18, Shah Alam