Hishammuddin sokong Anwar pertahan isu kedaulatan Sabah

Hishamuddin (kiri) dan Anwar
Hishamuddin (kiri) dan Anwar
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan sokongan terhadap pendirian Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu kedaulatan Sabah.

Hishammuddin berkata, beliau bersetuju dengan Anwar yang mengingatkan semua pihak bahawa sekarang bukan waktunya untuk politik keangkuhan dan mencipta pertelagahan yang sia-sia dalam isu kedaulatan Sabah.

"Setuju, semua mesti bersatu pertahan kedaulatan Sabah. Seperti ditegaskan sebelum ini, kita tidak akan layan atau iktiraf tuntutan pihak asing ke atas Sabah.

"Kedudukan Sabah dalam Malaysia tidak boleh dipertikaikan dan akan terus dipertahankan sampai bila-bila," katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Hishammuddin turut bersetuju dengan pendirian Anwar dalam mempertahankan isu kedaulatan Sabah
Hishammuddin turut bersetuju dengan pendirian Anwar dalam mempertahankan isu kedaulatan Sabah

Terdahulu, Anwar dilaporkan berkata, sikap dan langkah beberapa pegawai tertinggi kerajaan Filipina yang mempersoal kedaulatan Malaysia ke atas Sabah adalah sangat tidak wajar.

Tegasnya, beliau mendukung pendirian kerajaan Malaysia dalam memperkukuhkan kedaulatannya di semua badan serantau mahupun antarabangsa.

"Sabah jelas merupakan sebahagian daripada Malaysia. Ini adalah keputusan dan muafakat yang dicapai oleh rakyat Sabah pada tahun 1963. Rakyat Malaysia adalah rakyat yang bersatu padu dan akan mempertahankan setiap inci wilayah negara ini.

Artikel Berkaitan:

"Malaysia, Filipina dan rakan lain di ASEAN adalah rakan serantau dalam mendepani pelbagai isu melibatkan geopolitik dan keselamatan yang mengesankan rantau ini dan warganya," katanya.