X

Kindly register in order to view this article
!

Cabaran besar dalam kaut keuntungan

Laporan muka depan Sinar Harian hari ini. Gambar kecil: Mohd Sadek
A
A

SHAH ALAM - Usahawan yang membeli pasukan bola sepak tempatan dilihat berdepan dengan cabaran yang lebih besar untuk mengaut keuntungan berbanding sebelum ini susulan pandemik Covid-19 yang belum berakhir.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa bagaimanapun berkata, cabaran itu mungkin boleh diatasi sekiranya pemilik pasukan mendapat rakan pelabur yang mempunyai matlamat sama dengan mereka.

Selain itu, katanya, aspek terpenting ialah perancangan strategik untuk memantapkan penjenamaan mereka dan ia perlu seiring dengan prestasi pemain kelab, sekali gus meletakkan jenama ke arah antarabangsa dan bukan tempatan semata-mata.

“Itu penting untuk menarik lebih banyak penonton dan bila banyak penonton, dia akan diterjemahkan kepada duit.

“Sebab itu pentingnya orang yang mengendalikan pasukan (pemilik kelab bola sepak tempatan) ada satu pasukan kuat yang boleh jual nama besar pasukan dan boleh menjamin pelabur dapat pulangan daripada setiap sen yang mereka laburkan.

“Maksudnya, dalam surat khabar, kalau seminggu mesti ada tiga empat hari cerita mengenai pasukan mereka sebagai isu utama. Ini penting bagi memperlihatkan kehebatan pasukan mereka itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Mohd Sadek berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai trend usahawan membeli pasukan bola sepak tempatan.

Datuk Seri Vida sebelum ini pernah menjadi penaja TRW.
Datuk Seri Vida sebelum ini pernah menjadi penaja TRW.

Mengulas sama ada pelaburan itu sesuatu yang menguntungkan atau berisiko, Mohd Sadek berkata, usahawan terbabit juga perlu bijak mencipta peluang dengan mengeluarkan produk yang boleh menghasilkan keuntungan.

Ini kerana, katanya, pendapatan yang diperoleh melalui penjualan tiket, barangan cenderahati atau baju sahaja tidak mampu memberikan keuntungan berganda bagi memastikan aliran tunai bisnes sentiasa stabil.

Menurutnya, adalah menjadi hasrat utama setiap usahawan yang membeli pasukan bola sepak untuk mencipta nama dan meraih keuntungan.

“Asas mereka hendak cipta nama dan keuntungan. Daripada pelaburan itu, dia ada perniagaan lain yang boleh dijual seiring dengan bola sepak itu sendiri seperti keluarkan jam tangan, dompet dan sebagainya. Optimumkan peluang.

“Strategi perniagaan dan kesan limpahan ekonomi mesti ada. Itu penting, kalau tidak pelabur hanya harapkan bintang dan bulan sahajalah,” katanya.

Pemilik baharu TRW, Norizam Tukiman bersama pengurusan tertinggi syarikat Team The Red Warriors Sdn Bhd dan pemain pasukan Kelantan TRW di Kota Bharu semalam.
Pemilik baharu TRW, Norizam Tukiman bersama pengurusan tertinggi syarikat Team The Red Warriors Sdn Bhd dan pemain pasukan Kelantan TRW di Kota Bharu semalam.

Dalam perkembangan sama, Mohd Sadek turut mengesyorkan supaya diwujudkan undang-undang yang lebih ketat untuk melindungi hak cipta jersi atau barangan pasukan daripada terus diciplak.

Antara penaja utama TRW sebelum ini ialah Pengasas Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!