PUNB minta wujudkan platform daftar kursus keusahawanan digital

Noh (tiga dari kiri) dan Azhari (dua dari kiri) memegang bola kristal sebagai gimik pelancaran Program Keusahawanan Bangkit Digital kelmarin.
Noh (tiga dari kiri) dan Azhari (dua dari kiri) memegang bola kristal sebagai gimik pelancaran Program Keusahawanan Bangkit Digital kelmarin.
A
A
A

SHAH ALAM - Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) meminta mana-mana pihak yang menganjurkan program keusahawanan secara dalam talian turut mewujudkan satu platform maya untuk memudahkan urusan pendaftaran.

Pengerusi PUNB, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya sentiasa menyokong usaha mewujudkan lebih ramai usahawan untuk berniaga dalam talian jika platform sedemikian boleh diwujudkan.

“Bagi pihak PUNB saya berharap pihak yang menganjurkan program usahawan digital ini dapat mewujudkan laman sesawang bagi memudahkan orang ramai mendaftar untuk masuk,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Keusahawanan Bantu Generasi Kita (Bangkit) Digital di bangunan UMNO Bahagian Shah Alam di sini, semalam.

Artikel Berkaitan: