X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

LUAS aktifkan OPAK Bestari Jaya selesai isu pencemaran bau

Pihak LUAS bersama Air Selangor dan agensi berkaitan giat menjalankan siasatan hari ini berhubung pencemaran bau tersebut.
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengaktifkan Operasi Pengepaman Air Kolam (OPAK) sehingga 400 juta liter/hari (JLH) bagi menangani isu pencemaran bau di Sungai Selangor.

Menerusi satu kenyataan, LUAS berkata, tindakan tersebut bertujuan bagi meningkatkan faktor pencairan atau 'dilution factor dan pelepasan air di Empangan Sungai Tinggi sehingga 500 JLH.

"Langkah itu juga bagi menaikkan satu 'river gate' di Baraj Bestari Jaya untuk tujuan 'flushing' dan mempercepatkan aliran ke hilir sungai.

"Buat masa ini, pensampelan bau dijalankan berdekatan kawasan premis perindustrian yang disyaki di kawasan Sungai Gong melakukan pelepasan berbau seakan 'solvent; ke dalam sungai.

"Sungai Gong merupakan anak kepada Sungai Sembah yang merupakan anak sungai utama Sungai Selangor pada jarak 17 kilometer ke Loji Pembersihan Air (LPA) Rantau Panjang," kata kenyataan tersebut.

Terdahulu, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka berlaku di tujuh wilayah iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, dan Kuala Langat bermula 10 pagi tadi.

Sementara itu, LUAS berkata, siasatan berhubung pencemaran itu masih dijalankan oleh pihaknya bersama Air Selangor dan agensi-agensi berkaitan.

"Siasatan akan dijalankan dan langkah mitigasi segera akan diambil bagi menangani permasalahan ini," katanya.

Disyorkan artikel ini:

Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!