Sukan SEA 2021: KOM fokus atlet muda, PKBM kekal hantar senior

Muhammad Haiqal Hanafi (kiri) menyumbang emas buat kontinjen olahraga Malaysia pada Sukan SEA 2019 di Filipina.
Muhammad Haiqal Hanafi (kiri) menyumbang emas buat kontinjen olahraga Malaysia pada Sukan SEA 2019 di Filipina.
A
A
A

KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) komited menghantar lebih ramai atlet muda bertanding pada temasya Sukan SEA 2021 di Vietnam.

Presiden KOM, Datuk SM Muthu berkata, badan induk sukan olahraga negara itu akan menambah jumlah atlet muda bersaing pada Sukan SEA 2021 kepada 60 peratus berbanding hanya 40 peratus pada edisi 2019 di Filipina.

“Terdapat perubahan dalam kontinjen olahraga yang mengambil bahagian pada Sukan SEA 2021. Kita mahu lebihkan penyertaan atlet muda,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Pemilihan Kriteria Sukan SEA 2021 di Wisma MOM, Kuala Lumpur hari ini.

Pada masa sama, ketua jurulatih kebangsaan, Mohd Mansahar Abdul Jalil berkata, jumlah peratusan itu akan menghasilkan gabungan yang baik selain membuka peluang lebih besar kepada barisan pelapis menimba pengalaman di peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun, Mohd Mansahar menegaskan, pemilihan atlet ke Sukan SEA itu tetap bergantung kepada prestasi semasa ditonjolkan barisan atlet negara yang dipantau rapi oleh barisan kejurulatihan.

“Perlu ada perancangan seterusnya untuk tentukan mereka layak atau tidak kerana kita ada masa panjang lagi,” jelasnya.

Sementara itu, Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) lebih cenderung untuk menghantar atlet senior menggalas cabaran negara pada Sukan SEA 2021 di Vietnam.

Koordinator pasukan PKBM, Kamarul Aizad Othman berkata 75 peratus daripada keseluruhan atlet berbasikal ke Sukan SEA 2021 bakal dipilih dalam kalangan atlet senior.

Artikel Berkaitan:

“Berdasarkan pengalaman dan statistik, penyumbang pingat sukan berbasikal lebuh raya di Sukan SEA lepas berumur lebih 20 tahun... tiada yang bawah 20 tahun,” katanya. - Bernama