The Rock kongsi pengalaman positif Covid-19

Dwayne Johnson atau The Rock kongsi pengalaman setelah disahkan positif Covid-19 pada Instagram miliknya.
Dwayne Johnson atau The Rock kongsi pengalaman setelah disahkan positif Covid-19 pada Instagram miliknya.
A
A
A

PELAKON Hollywood terkenal, The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson berkongsi pengalaman setelah disahkan terkena jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Berita itu dikongsi di Instagram peribadinya hari ini, sekali gus mendedahkan dirinya dan keluarga positif Covid-19 sejak beberapa minggu lalu.

Bagaimanapun dia dan keluarganya telah pulih dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Menerusi rakaman video berdurasi durasi 11 minit 35 saat, Johnson menceritakan pengalaman mereka semasa dijangkiti virus tersebut dipercayai diperoleh daripada keluarga terdekat.

Isterinya, Lauren Hashian bersama dua anak perempuan, Jasmine dan Tiana dijangkiti Covid-19 lebih kurang dua atau tiga minggu yang lalu.

Jelasnya, situasi dihadapinya sangat mencabar kerana ia berbeza dengan pengalamannya alami kecederaan semasa berlakon atau pun kemalangan.

Namun beliau terus bangkit melawan penyakit yang kini masih menular di seluruh dunia malah sempat memberi nasihat kepada masyarakat agar mengutamakan kebersihan dan penjagaan diri.

"Orang ramai perlu menjaga disiplin diri, memakai pelitup muka dan melindungi keluarga agar tidak menjadi salah satu korban Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan: