X

Kindly register in order to view this article
!

Najib terima manfaat skandal 1MDB

Najib (kanan) hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan antara individu yang mendapat manfaat daripada pemindahan berbilion ringgit dana yang berkaitan skandal 1MDB.

Saksi kesembilan pendakwaan bagi kes rasuah 1MDB dan pengubahan wang haram membabitkan bekas Perdana Menteri itu berkata, ketika syarikat itu mengalami kerugian, Najib merupakan antara beberapa individu lain yang mendapat untung daripada skim 1MDB.

Ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram, saksi berusia 50 tahun itu turut memetik nama-nama lain antaranya ahli perniagaan kontroversi, Low Teak Jho atau Jho Low; Casey Tang, Jasmine Loo, Tarek Obaid, Patrick Mahony, Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Badawy al-Husseiny.

Bagaimanapun, beliau mengaku tidak terlibat sebarang penipuan atau menerima wang dari transaksi yang menyebabkan 1MDB mengalami kerugian berbilion ringgit.

Shahrol berkata, ketika memegang jawatan CEO 1MDB bermula tahun 2009 hingga 2013, dia beranggapan Najib mengetahui semua urusan berkaitan 1MDB.

Katanya, ia berdasarkan keputusan dan tindakan yang diambil oleh Najib, malah sehingga tahun 2016, keputusan sama dibuat dalam satu atau dua program.

“Saya tidak anggap Datuk Seri Najib tak tahu apa yang berlaku. Dia sedar dengan skandal 1MDB itu, itulah anggapan saya ketika itu,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!