Bentang kertas Kabinet pelantikan KP, Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM

SPRM
SPRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membentangkan kertas Kabinet usul pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM.

SPRM dalam kenyataan berkata, langkah itu bagi memperkasa dan menjamin kebebasan suruhanjaya berkenaan.

“Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) baru-baru ini telah mempersetujui dua perkara yang telah diusulkan iaitu pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM,” kata SPRM.

Menurutnya, SPRM kini dalam peringkat menyediakan kertas Kabinet yang bakal dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dibincangkan dan kelulusan sebelum dibentangkan di Parlimen.

“Kedua-dua cadangan ini merupakan peruntukan baharu dalam Perlembagaan Persekutuan dan memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen bagi membolehkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dilaksanakan,” katanya.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki dilaporkan berkata, kerajaan bersetuju supaya pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM selepas ini dibuat melalui undian Ahli Parlimen.- Bernama

Artikel Berkaitan: