Mayat dalam kebun kelapa sawit

Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui dalam kebun kelapa sawit di Kampung Sri Cheeding, di sini, semalam.
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui dalam kebun kelapa sawit di Kampung Sri Cheeding, di sini, semalam.
A
A
A

KUALA LANGAT - Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui dalam kebun kelapa sawit di Kampung Sri Cheeding, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas menerima panggilan pada jam 4 petang.

"Pemeriksaan awal di lokasi tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa. Polis juga tidak menemui apa-apa senjata dan perkara yang boleh menimbulkan keraguan," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan pada mayat mangsa yang memakai T-shirt kuning dan seluar pendek kelabu mendapati keadaan fizikal mangsa tidak terurus.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan mayat dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

"Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel Berkaitan: