Kedai serbaneka Ebit Lew dipecah masuk

Ebit Lew mengalami kerugian lebih RM4,000 selepas premis serbaneka miliknya di Sungai Buloh dipecah masuk awal pagi tadi.
Ebit Lew mengalami kerugian lebih RM4,000 selepas premis serbaneka miliknya di Sungai Buloh dipecah masuk awal pagi tadi.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew mengalami kerugian lebih RM4,000 selepas premis serbaneka miliknya di Dataran Villa Putra di sini dipecah masuk penjenayah dalam kejadian awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, kejadian itu disedari penolong pengurus kedai terbabit pada jam 8 pagi selepas mendapati peti besi berisi wang hasil jualan telah lesap.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati tingkap di bahagian tandas telah terbuka selain menemui besi penutup tingkap yang ditanggalkan.

"Penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengesan dua lelaki bertopi keledar menceroboh masuk ke dalam premis.

"Siasatan awal turut mengesan lima cap jari di lokasi kejadian. Usaha memburu suspek masih giat dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, jumlah kerugian dianggarkan RM4,463.62 termasuk membabitkan wang tunai RM3,600 selain pelbagai barang seperti susu bayi dan coklat.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: