X

Kindly register in order to view this article
!

Pelawak Kumin KU2 meninggal dunia

Pelawak Kumin KU2 meninggal dunia.
A
A

INDUSTRI hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian seorang lagi pelawak tanah air, Kumin pada tengah hari tadi.

Menurut Astro Awani, Allahyarham Kumin atau nama sebenarnya Khuzami Ismail menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Taman Lembah Maju, Ampang pada usia 49 tahun sekitar pukul 12.30 tengah hari.

Berita pemergian Kumin atau nama sebenarnya Khuzami Ismail disahkan oleh rakannya, Yank Kassim yang menerima panggilan daripada isteri Allahyarham.

"Isteri arwah memberitahu, dia keluar membeli barang di kedai pagi tadi. Sekembalinya ke rumah, dia mendapati Kumin terbaring di lantai dengan wajah kebiru-biruan.

"Setahu saya, arwah sudah sihat selepas dimasukkan ke hospital, akhir Julai lalu akibat sesak nafas, angin pasang dan air berlebihan dalam badan.

"Selain itu, arwah berhadapan masalah pergerakan badan yang terhad," kata Yank.

Allahyarham Kumin merupakan antara artis generasi 1990-an yang pernah menempa kemasyhuran bersama rakan karibnya, Allahyarham Bob Kuman.

Mereka berdua pernah menubuhkan kumpulan duo dikenali sebagai KU2 dan menghasilkan empat album iaitu Motivasi pada 1994, Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001).

Selepas tidak aktif menyanyi, Allahyarham Kumin banyak memberi fokus pada kerja belakang tabir dan menjadi pengurus produksi.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah berkata, jenazah Allahyarham kini berada di rumahnya di Lembah Jaya untuk dibawa ke Hospital Ampang sebelum dibawa ke Masjid Al-Azim, Pandan Indah untuk dimandikan.

Jenazah Allahyarham, kata Hafiz, kemudiannya akan dikebumikan di Seri Menanti, Negeri Sembilan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!