Lima daerah di Selangor mungkin dilanda air pasang besar

Kenyataan SSCC berhubung fenomena air pasang besar yang diramal berlaku di lima daerah di negeri ini.
Kenyataan SSCC berhubung fenomena air pasang besar yang diramal berlaku di lima daerah di negeri ini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Lima daerah di Selangor diramal dilanda fenomena air pasang besar bermula bulan ini hingga November depan.

Smart Selangor Command Centre (SSCC) dalam kenyataannya memaklumkan, lima daerah terbabit ialah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

"Fenomena diramal berlaku selama dua hari pada 19 hingga 20 September ini manakala kejadian sama diramal berlaku pada 17 hingga 19 dan 15 hingga 16 November depan," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, paras air laut di pesisiran pantai Selangor dijangka mencapai ketinggian mencecah 5.8 meter.

"Sekiranya cuaca hujan lebat dan keadaan angin kencang berlaku, risiko banjir akan meningkat," katanya.

Justeru SSCC memberitahu, kerajaan Selangor menasihatkan penduduk di kawasan berisiko dapat mematuhi arahan pihak berkuasa keselamatan dari masa ke masa dan orang awam hendaklah mengehadkan aktiviti rekreasi air di pesisiran pantai.

Artikel Berkaitan: