Bayi ditinggalkan depan gereja

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang bayi yang masih hidup dijumpai dalam beg hitam berhampiran gereja di Taman Sri Bintang, Kepong di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, polis bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan daripada orang awam pada jam 8.09 pagi.

"Bayi yang berselimut dalam sebuah beg hitam tersebut diletakkan di tepi kaki lima berhadapan gereja.

"Turut ditemui adalah sepucuk surat yang menyatakan tentang luahan hati," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan termasuk meneliti kamera litar tertutup (CCTV) menghala ke tempat kejadian yang terdapat di gereja berkenaan.

Katanya, hasil temu bual dengan ketua pengurusan gereja itu mendapati tidak mendengar apa-apa bunyi tangisan dan hanya dimaklumkan mengenai kejadian oleh seorang lelaki.

"Bayi yang dipercayai lahir pada Isnin lalu dihantar ke hospital untuk diberi rawatan awal. Tiada kesan luka luaran dan pihak hospital akan memaklumkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: