Atlas Vending cipta rekod Malaysia

Dari kiri: Pengarah Pembangunan Perniagaan Malaysia Book Of Records, Jwan Heah; Ketua Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Atlas Vending Malaysia, Amy Gan; Pengurus Besar Atlas Vending Kuala Lumpur, Mohd Syafiq Aiman Abdullah dan Pengurus Besar Etika Vending Malaysia, Suwinder Singh ketika penyerahan sijil Malaysia Book Of Records baru-baru ini.

A
A
A

ATLAS Vending Malaysia Sdn Bhd berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records apabila diiktiraf sebagai pengendali mesin makanan dan minuman terbesar di Malaysia dan Singapura.

Buat masa ini, syarikat berkenaan mempunyai lebih 10,000 mesin di dua negara berkenaan yang turut menyasarkan Malaysia sebagai destinasi peruncitan terbesar selepas ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Advend Group of Companies, Santharuban Thurai Sundaram berkata, sebagai peneraju perkhidmatan minuman di negara ini, pihaknya berhasrat mengembangkan lagi perniagaan dengan tidak hanya menumpukan kepada mesin layan diri.

“Visi kami adalah untuk menjadi operator peruncitan terbesar di seluruh rantau Asia. Oleh itu, pasukan kami akan terus membuat kajian bagi melihat pergerakan pasaran, membuat analisis bagi mengembangkan teknologi sedia ada serta meneruskan kajian pasaran bagi mencapai sasaran ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Sundaram berkata, pihaknya percaya kejayaan diraih Atlas Vending itu hanya permulaan.

Ujarnya, banyak lagi usaha perlu dilaksanakan bagi memastikan Malaysia menjadi salah satu destinasi peruncitan terbesar di dunia.

“Pasaran mesin layan diri semakin berkembang dengan pelbagai kemudahan teknologi diguna pakai termasuk transaksi automatik, mudah dan selamat.

“Matlamat kami ialah memenuhi permintaan pengguna dengan menggunakan strategi teknologi sebagai nilai tambah dalam kehidupan mereka,” katanya.

Artikel Berkaitan: