Harga mahal galakkan rokok seludup

Hasil kaji selidik kedua oleh BAT Malaysia yang diadakan di seluruh negara.
Hasil kaji selidik kedua oleh BAT Malaysia yang diadakan di seluruh negara.
A
A
A

SHAH ALAM - British American Tobacco (Malaysia) Berhad (BAT Malaysia) hari ini mengumumkan penemuan hasil kaji selidik kedua yang diadakan di seluruh negara anjuran syarikat itu dan merupakan sebahagian daripada kempen ‘Hentikan Pasaran Gelap’ syarikat.

Penemuan-penemuan penting kaji selidik itu adalah:

Sebanyak 67 peratus rakyat Malaysia percaya bahawa pasaran gelap, yang mana rokok seludup merupakan komponen besar, kini di tahap krisis, telah menjejas teruk ekonomi Malaysia.

Sementara 66 peratus percaya bahawa kerajaan perlu bertindak segera untuk mendapatkan kembali kerugian RM5 bilion akibat rokok seludup.

Majoriti besar rakyat Malaysia (64 peratus) percaya bahawa harga tinggi barangan, termasuk rokok, merupakan faktor utama mendorong orang ramai beralih kepada pasaran gelap.

Satu per tiga responden (75 peratus) bersetuju untuk menyokong kerajaan Malaysia memperkenalkan langkah-langkah membanteras pasaran gelap di dalam Bajet 2021.

Lapan daripada 10 (79 peratus) rakyat Malaysia bersetuju bahawa lebih penguatkuasaan diperlukan, daripada segi menambah keselamatan sempadan dan pemantauan lebih teliti produk yang diimport dan dieksport.

Pengarah Urusan BAT Malaysia, Jonathan Reed berkata, daripada hasil kaji selidik dan maklum balas yang pihaknya terima, rakyat Malaysia menggesa agar tindakan diambil segera bagi mengurangkan harga beberapa barangan bagi membanteras pasaran gelap.

Artikel Berkaitan:

“Ia berkemungkinan besar disebabkan oleh kebimbangan rakyat berkaitan jaminan pekerjaan dan kestabilan pendapatan hidup ekoran krisis Covid-19 yang berlarutan sehingga ke hari ini.

“Sebarang usaha oleh kerajaan untuk menutup ketirisan dan mengembalikan kehilangan hasil negara di dalam Bajet 2021, pasti akan disokong oleh rakyat Malaysia. Ia hanya boleh dicapai menerusi pendekatan menyeluruh dengan kerajaan menggunakan segala jentera yang dimilikinya,” kata Reed dalam kenyataan hari ini.

Kaji selidik seluruh negara itu dikelolakan oleh BAT Malaysia pada Ogos 2020 secara dalam talian melibatkan 2,000 rakyat Malaysia dewasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hentikan Pasaran Gelap anjuran British American Tobacco Malaysia, sila lawat https://stoptheblackmarket.com.my atau https://www.facebook.com/stoptheblackmarket.