Dakwa ikut aplikasi navigasi hingga masuk lorong motosikal

Kereta Perodua Bezza dan Toyota Vios yang masuk ke lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang berhampiran Petaling Jaya tular di media sosial sejak semalam.
Kereta Perodua Bezza dan Toyota Vios yang masuk ke lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang berhampiran Petaling Jaya tular di media sosial sejak semalam.
A
A
A

PETALING JAYA - Dua pemandu kereta yang termasuk ke dalam laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan dari Kuala Lumpur menghala ke Klang di sini, semalam yang video kejadian itu tular mendakwa, memandu mengikut aplikasi navigasi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian berasingan itu tular di media sosial menerusi dua rakaman video menunjukkan kereta Toyota Vios dan sebuah kereta Perodua Bezza menggunakan laluan motosikal di lokasi berkenaan.

Menurutnya, berdasarkan rakaman itu, pihaknya mendapati Toyota Vios berkenaan dipandu seorang lelaki tempatan, manakala kereta Perodua Bezza itu dipandu wanita tempatan yang masing-masing berusia 33 tahun.

"Keterangan kedua-dua pemandu berkenaan direkodkan malam tadi dan pengakuan awal memaklumkan mereka memandu menggunakan aplikasi navigasi yang mengarahkan untuk masuk ke sebuah lorong kecil.

“Bagaimanapun, mereka mula menyedari kesilapan memasuki lorong motosikal sebelum diberhentikan penunggang motosikal yang menunjukkan jalan keluar ke jalan utama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya,” katanya.

Artikel Berkaitan: