Sindiket 'delivery service' pelacur di Johor tumpas

Ayob menunjukkan gambar suspek sindiket pelacuran yang ditahan menerusi Op Noda di lima buah hotel murah di sekitar Johor Bahru.
Ayob menunjukkan gambar suspek sindiket pelacuran yang ditahan menerusi Op Noda di lima buah hotel murah di sekitar Johor Bahru.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor menumpaskan sindiket pelacuran yang menawarkan wanita warga asing menggunakan perkhidmatan penghantaran (delivery service) dengan bayaran serendah RM190 dengan menahan seramai 13 dalangnya.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pithcay berkata, dalam serbuan Op Noda dijalankan bersama Jabatan Siasatan Jenayah ( JSJ) Bukit Aman di lima buah hotel murah sekitar Johor Bahru pada 27 Ogos dan 2 September lalu, seramai 13 dalang sindiket pelacuran ditahan.

"Seramai 31 pelacur terdiri daripada wanita warga Vietnam, Indonesia dan Thailand berusia berusia 19 hingga 36 tahun ditahan dan polis merampas 15 unit telefon bimbit, 123 keping kondom, dua tiub minyak pelincir dan wang tunai RM1,670. Sindiket ini mempromosikan gambar-gambar pelacur melalui aplikasi WeChat, MiChat dan WhatsApp selain menarik pelanggan yang lalu di hadapan premis dengan menunjukkan gambar pelacur menggunakan telefon.

"Ahli sindiket akan menghantar pelacur jika ada pelanggan yang meminta pelacur di tempat lain dengan bayaran penghantaran dari RM20 hingga RM50 bergantung pada jarak lokasi. Selain itu, ada juga pelacur yang menawarkan pembayaran perkhidmatan seks secara ansuran terutama kepada warga asing," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor, hari ini.

Antara dalang sindiket pelacuran yang ditahan menerusi Op Noda di lima buah hotel murah di sekitar Johor Bahru.
Antara dalang sindiket pelacuran yang ditahan menerusi Op Noda di lima buah hotel murah di sekitar Johor Bahru.

Tambah Ayob Khan, semua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 373 Kanun Keseksaan, Seksyen 372 B Kanun Keseksaan, Seksyen 39 ( B) Peraturan-peraturan Imigresen 1959/63, Seksyen 6 ( 1) (c) Akta Imigresen 1958/63 dan Seksyen 15 ( 1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Ayob Khan berkata, sewaktu serbuan itu polis mendapati satu tingkat di sebuah hotel dijadikan bilik kecil untuk menjalankan aktiviti pelacuran itu.

Justeru katanya, pihak berkuasa tempatan ( PBT) diminta melakukan pemeriksaan ke atas premis hotel yang melakukan ubah suai bilik untuk pelacuran.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Ayob Khan berkata, bermula pada 1 Januari hingga 31 Ogos lalu, JSJ Johor membuat serbuan Op Noda sebanyak 337 kali dan telah menangkap seramai 1,788 orang terdiri daripada 768 warga tempatan serta 1,019 warga asing.