X

Kindly register in order to view this article
!

KFA dalam proses lengkapkan dokumen kewangan

Mohd Firdaus Ahmad
A
A

ALOR SETAR - Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sudah mencapai tahap 91 peratus proses pelesenan kelab dan akan berusaha melengkapkan secara keseluruhannya sebelum 15 September ini seperti diminta oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Firdaus Ahmad berkata, lima daripada enam kriteria iaitu personal dan pengurusan, infrastruktur, kesukanan, undang-undang dan perniagaan telah melepasi status ditetapkan dan pihaknya dalam proses melengkapkan kriteria kewangan pula.

Menurutnya, penjelasan itu diberikan bagi mengelakkan kekeliruan oleh laporan sebuah akhbar yang mendakwa Kedah salah satu dari empat pasukan berisiko disingkirkan daripada Liga Malaysia (Liga M) selepas gagal menyerahkan lima dokumen awal permohonan pelesenan kelab selepas tarikh akhir pada 30 Ogos.

"FAM tak pernah sebut pasukan mana pun (disingkirkan dari liga M) sehingga proses pelesenan tamat 15 September ini dan hanya akan dinilai selepas tarikh tersebut oleh First Instance Body (FIB) FAM.

"Saya menyangkal apa yang dilaporkan oleh sebuah akhbar. KFA dipimpin Presiden yang juga Menteri Besar Kedah sedang berhempas pulas menyelesaikan bebanan hutang yg ditinggalkan oleh pentadbiran KFA lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, persatuan tersebut berusaha mengembalikan semangat kepada pemain-pemain Kedah selepas saingan Liga M kembali bersambung minggu lalu.

"Laporan yang tiada asas ini boleh menyebabkan pandangan serong rakyat Kedah khasnya kepada kepimpinan yang baharu. Laporan perlu dilaporkan yang sebenarnya supaya peminat Kedah tidak terkeliru dengan apa yang dilaporkan," katanya.

Semalam Sinar Harian melaporkan, empat pasukan Liga-M didapati gagal melengkapkan dokumen bagi proses pelesenan kelab mengikut tarikh akhir yang telah ditetapkan FAM iaitu pada 30 Ogos lalu.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, pihaknya mendapati empat pasukan terbabit yang masih belum melengkapkan proses dokumentasi adalah kerana melibatkan pihak ketiga.

Tanpa menyebut mana-mana pasukan katanya, dokumentasi berkaitan kewangan semua pasukan Liga-M diberikan tempoh sehingga 15 September ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!