X

Kindly register in order to view this article
!

JPJ tandatangan MoU terbit drama 13 episod

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Zamakhshari Hanipah menandatangani MoU dengan Kalamariff Holdings Sbd Bhd bagi penerbitan drama 'Skuad JPJ' sebanyak 13 episod.
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kalamariff Holdings Sbd Bhd bagi penerbitan drama 'Skuad JPJ' sebanyak 13 episod.

Pengarah Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik JPJ, Mohamad Yatim Nawawi berkata, drama berdurasi 60 minit setiap episod itu dijangka memulakan penggambarannya bermula 1 Oktober depan dengan mengambil masa selama 45 hari bergantung kepada keadaan cuaca.

"Drama ini juga bakal ditayangkan pada April 2021 bersempena dengan Sambutan Hari JPJ 2021.

"Objektif utama penerbitan drama ini adalah untuk menonjolkan tugas-tugas anggota JPJ dan mendidik masyarakat tentang kepentingan mematuhi segala peraturan serta undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Zamakhshari Hanipah (depan tengah) bergambar bersama pihak Kalamariff Holdings Sbd Bhd bagi penerbitan drama 'Skuad JPJ' sebanyak 13 episod.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Zamakhshari Hanipah (depan tengah) bergambar bersama pihak Kalamariff Holdings Sbd Bhd bagi penerbitan drama 'Skuad JPJ' sebanyak 13 episod.

Tambahnya, kos penerbitan drama Skuad JPJ ini dijangka mencecah kos sebanyak RM500,000.

Dalam pada itu, pihak produksi telah melantik Mohd Fazli Yahya atau dikenali sebagai Pali Yahya sebagai pengarah drama terbabit dengan menampilkan enam watak utama iaitu Rashdan Baba sebagai Tuan Shah, Saharul Ridzwan sebagai Fakrul, Fify Azmi sebagai Shila, Kodi Rasheed sebagai Zamani, Sefik Khair sebagai Jason dan Fiza Thomas sebagai Jessi.

"Selain itu, pegawai dan anggota JPJ juga turut serta terlibat dalam menjayakan penggambaran drama ini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!