Usul pelantikan KP SPRM dibawa ke Kabinet

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dalam peringkat menyediakan kertas Kabinet bagi usul pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) bagi memperkasa dan menjamin kebebasan SPRM.

"SPRM kini dalam peringkat menyediakan kertas Kabinet yang bakal dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dibincangkan dan mendapat kelulusan.

"Seterusnya, perkara itu akan diusulkan di Parlimen pada sidang yang terdekat sekiranya diluluskan oleh Jemaah Menteri," menurut kenyataan tersebut hari ini.

Kenyataan itu turut menjelaskan bahawa kedua-dua cadangan berkenaan merupakan peruntukan baharu dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Usul ini memerlukan sokongan dua pertiga ahli Parlimen bagi membolehkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dilaksanakan," katanya.

Artikel Berkaitan: