Ulang-alik 90km buat 'kerja' pecah kereta

Mohd Said (dua dari kanan) menunjukkan batang besi yang digunakan suspek untuk memecah cermin kereta
Mohd Said (dua dari kanan) menunjukkan batang besi yang digunakan suspek untuk memecah cermin kereta
A
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan di Klang, Selangor susulan terlibat dalam beberapa kes pecah kereta di sekitar daerah ini sejak Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, suspek berkenaan ditahan di sebuah rumah di Klang pada Selasa lalu bersama beberapa barangan rampasan.

"Hasil siasatan awal, suspek menjalankan kegiatan itu seorang diri dengan menyasarkan kawasan tumpuan orang ramai yang tersorok.

"Dia berulang-alik sejauh 90 kilometer dari Klang, Selangor ke Seremban untuk melakukan jenayah pecah kereta di sekitar daerah ini sejak Julai lalu.

Menurutnya, suspek datang ke Seremban menaiki kereta jenis Nissan Cefiro dan,enyasarkan kenderaan di kawasan gelap berhampiran restoran dan taman rekreasi.

Mohd Said(dua dari kanan) menunjukkan barangan yang dirampas
Mohd Said(dua dari kanan) menunjukkan barangan yang dirampas

"Dia akan memecahkan cermin kereta mangsa menggunakan batang besi tanpa membuka pintu untuk mengelakkan alat penggera," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di sini hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek juga terlibat dalam 19 kes pecah kereta di sekitar Seremban sejak Julai hingga 24 Ogos lalu dengan melibatkan kerugian RM100,000.

Artikel Berkaitan:

"Ketika tangkapan beberapa barangan disyaki hasil kegiatan jenayah ditemui polis antaranya komputer riba, kamera, wang tunai dan barangan kemas.

"Pemeriksaan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan kes curi di Pulau Pinang, Kulim, Kedah dan Bangi, Selangor," katanya.

Mohd Said berkata, pihaknya percaya suspek turut menjalankan kegiatan ini di tempat lain.

"Dia ditahan reman sehingga Khamis untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.