Besar harapan TMJ....

Tunku Ismail berharap projek memulih dan menaik taraf sistem keselamatan Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) dapat diselesaikan secepat mungkin.
Tunku Ismail berharap projek memulih dan menaik taraf sistem keselamatan Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) dapat diselesaikan secepat mungkin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berharap projek memulih dan menaik taraf sistem keselamatan Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) dapat diselesaikan secepat mungkin.

Beliau yang dimaklumkan bahawa peruntukan untuk projek berkenaan telah diluluskan turut mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan kerana prihatin terhadap isu tersebut.

“Saya dimaklumkan yang peruntukan telah diluluskan untuk kerja-kerja membaik pulih HSA dan wad ICU yang terbakar dua tahun lalu.

“Peruntukan itu sangat penting banyak benda yang perlu dibaiki di HSA khusus untuk hal kebajikan pesakit di Johor,” katanya menerusi laman Twitter rasminya, sebentar tadi.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Kementerian Kesihatan telah meluluskan sejumlah RM25 juta peruntukan bagi kerja-kerja pemasangan 'sprinkler', pendawaian dan lain-lain kerja berkaitan di hospital berkenaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kerja-kerja berkaitan itu juga sedang dalam semakan dan penyediaan skop yang telah dibuat oleh pihak Jabatan Kerja Raya.

“Antaranya penggantian kapasitor dan balast untuk lokasi tidak kritikal serta kritikal di hospital berkenaan.

"Selain itu, kita juga akan membuat penambahan alat pemadam api dan penggantian alat pemadam api yang melebihi usia 10 tahun. Menaiktaraf sistem gelungan hos di bangunan induk.

"Pembaikan panel penggera kebakaran (FAP) di bangunan bersalin termasuk wad diraja dan blok A hingga D,” katanya.

Artikel Berkaitan: