Malaysia tidak terburu-buru beli vaksin Covid-19

Dr Adham Baba (kiri) pada sidang akhbar sempena majlis Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia di Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
Dr Adham Baba (kiri) pada sidang akhbar sempena majlis Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia di Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia tidak mahu terburu-buru dalam pembelian vaksin Covid-19 kerana mahu memastikan terlebih dahulu bahawa ia benar-benar berkesan dan selamat digunakan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, buat masa ini kerajaan masih menunggu negara pengeluar vaksin menjalankan ujian klinikal yang melibatkan tiga fasa termasuk fasa terakhir iaitu ujian ke atas manusia.

"Kita tunggu negara yang buat ujian klinikal seperti China yang membuat ujian di Emiriah Arab Bersatu dan Brazil. Rusia pula belum pun sampai tahap ujian klinikal ketiga.

"Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa berhubung dengan pihak pengeluar vaksin dan negara-negara yang sedang membangunkan vaksin berkenaan," katanya.

Dr Adham Baba bersama warga kerja Kementerian Kesihatan pada majlis Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia di Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
Dr Adham Baba bersama warga kerja Kementerian Kesihatan pada majlis Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia di Putrajaya hari ini. - Foto Bernama

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sesetengah negara memulakan proses diplomasi bagi pembelian vaksin tersebut ketika ditemui media selepas melancarkan Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2020 di sini hari ini.

Dalam pada itu, KKM sudah membuat saringan terhadap peniaga di 464 pasar awam seluruh negara yang melibatkan 36,919 sampel (swab) dengan 287 (0.8 peratus) daripadanya didapati positif Covid-19.

"Saya hendak maklumkan pemeriksaan di pasar awam dilaksanakan berterusan kerana ini tempat sesak dan sempit. Kita tidak mahu ada kes Covid-19 di pasar," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia sedia bantu hasilkan vaksin Covid-19

ASEAN perlu pastikan vaksin Covid-19 pada harga berpatutan