X

Kindly register in order to view this article
!

Seorang maut, dua parah kereta terputus dua

Anggota bomba menyelamatkan seorang mangsa yang cedera selepas kereta dinaiki terlibat kemalangan di Jalan Indah 29/7, Taman Bukit Indah, Skudai, Johor Bahru malam tadi.
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang maut manakala dua lagi cedera parah selepas kereta dinaiki terputus dua dalam kemalangan di Jalan Indah 29/7, Taman Bukit Indah, Skudai, di sini malam tadi.

Kemalangan pada jam 11.56 malam itu berlaku apabila kereta Proton Satria dinaiki terbabas dan hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan lalu melambung dan terhempas di tepi jalan tersebut.

Insiden tersebut menyebabkan semua mangsa tercampak keluar dari kereta berkenaan.

Seorang lelaki yang masih belum dikenal pasti identiti maut, manakala dua lagi mangsa iaitu K Hem Raj, 23, dan Daniel Joy, 22, cedera parah.

Seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Skudai dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) serta sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rusydi Nordin berkata, dua lelaki yang cedera parah kemudian diselamatkan dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan lanjut.

"Seorang lagi mangsa lelaki disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak bomba melakukan pembersihan kesan daripada kemalangan tersebut dan operasi tamat jam 12.46 tengah malam.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!