Tiga pemain PSG positif Covid-19

No Image Caption
A
A
A

BINTANG Paris Saint Germain (PSG), Neymar dilaporkan menjadi pemain ketiga Les Parisiens positif Covid-19 selepas dua lagi pemain kelab Ligue 1 Perancis itu Leandro Paredes dan Angel di Maria disahkan positif pandemik berkenaan sebelum ini.

Menurut laporan L'Equipe, ketiga-tiga permain itu sebelum ini menghabiskan cuti masing-masing di Ibiza Sepanyol akan menjalani kuarantin selama seminggu.

Bagaimanapun PSG dalam satu kenyataan mengesahkan tiga pemain kelab itu diuji positif Covid-19 telah menjalani protokol kesihatan yang sesuai, namun kelab berkenaan belum mengesahkan pemain yang akan mengasingkan diri.

"Tiga pemain kelab ini disahkan positif selepas ujian Sars CoV2, telah menjalani protokol kesihatan yang sesuai. Semua pemain dan kakitangan kelab akan terus diuji selama beberapa hari akan datang."

Kelab kendalian Thomas Tuchel itu akan memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Ligue 1 pada aksi pembuka tirai dengan berkunjung ke

Stade Bollaert-Delelis menentang RC Lens pada 10 September.

Artikel Berkaitan: