X

Kindly register in order to view this article
!

Dana RM100 juta bantu PKS bangkit

Weng Choong (kiri) dan Raj menunjukkan dokumen perjanjian antara Standard Chartered dengan CGC pada majlis kerjasama kedua-dua pihak di Kuala Lumpur sambil disaksikan oleh Mohd Zamree (kiri di belakang) dan Abrar.
A
A

STANDARD Chartered Malaysia (Standard Chartered) menyediakan dana sebanyak RM100 juta untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk bangkit selepas bergelut dengan masalah aliran tunai akibat koronavirus (Covid-19), sekali gus menjadikan bank berkenaan sebagai penyumbang bantuan kewangan tertinggi dalam kalangan bank asing di Malaysia.

Inisiatif itu merupakan hasil kerjasama dengan Syarikat Jaminan Kredit (CGC) menerusi satu perjanjian yang dimeterai di Kuala Lumpur semalam.

Perjanjian itu ditandatangan Pengurus Besar Standard Chartered Malaysia, Raj Tatavarty dan Ketua Pegawai Perniagaan OGC, Leong Weng Choong.

Majlis tersebut disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Standard Chartered Malaysia, Abrar A Anwar dan CEO OGC, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak.

Abrar berkata, bantuan kewangan adalah talian hayat kepada banyak perniagaan pada masa ini.

“Banyak PKS di Malaysia mendapat manfaat daripada pinjaman yang dijamin oleh CGC daripada Standard Chartered. Kami berharap akan menerima lebih banyak permohonan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Mohd Zamree berkata, dana bernilai RM100 itu disasarkan untuk modal kerja PKS bagi meringankan beban mereka serta membantu mempertahankan perniagaan dalam krisis kesihatan dan ekonomi yang mencabar ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!