Kelantan lulus jajaran alternatif jambatan Palekbang-Penambang

Lakaran cadangan jajaran jambatan Palekbang, Kota Bharu dengan pembinaannya dijangka bermula Julai 2021 dan siap pada Disember 2023 di Kampung Penambang ketika tinjauan hari ini. - Foto Bernama
Lakaran cadangan jajaran jambatan Palekbang, Kota Bharu dengan pembinaannya dijangka bermula Julai 2021 dan siap pada Disember 2023 di Kampung Penambang ketika tinjauan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan telah meluluskan jajaran alternatif bagi projek jambatan Palekbang-Kota Bharu dengan pembinaannya dijangka bermula Julai 2021 dan siap pada Disember 2023.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal berkata, jajaran asal iaitu Palekbang-Kampung Cina diubah kepada jajaran baharu Palekbang-Penambang adalah atas faktor untuk mengurangkan kos pembinaan.

"Ini juga adalah alternatif untuk menyuraikan trafik. Dulu (cadangan asal) melibatkan kawasan Kampung Cina yang padat dengan rumah, maka jajaran alternatif ini dapat mengurangkan sedikit pengambilan balik tanah.

"Ini adalah pilihan terbaik," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di tapak projek itu berdekatan kawasan Kampung Penambang di sini, hari ini.

Turut serta dalam lawatan itu Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd Nor.

Azami (kanan) mendengar penerangan daripada Pengurus Projek KLCC Projek Sdn Bhd, NurShukri Esa (kiri) sempena lawatan beliau ke tapak projek Jambatan Palekbang-Kota Bharu di Kampung Penambang. - Foto Bernama

Tengku Mohamed Faziharudean berkata, jarak jambatan antara Palekbang, Tumpat ke Penambang, Kota Bharu yang merentasi Sungai Kelantan itu adalah satu kilometer dan juga merupakan komponen sebagai penghubung ke beberapa lokasi utama seperti lapangan terbang dan pusat bandar.

Beliau berkata, projek berkenaan adalah di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dengan kos RM250 juta.

Artikel Berkaitan:

Rancangan untuk membina Jambatan Palekbang-Kota Bharu sejak 1996, bertujuan untuk menyuraikan kesesakan lalu lintas setiap kali musim perayaan terutamanya di kawasan Tumpat dan Kota Bharu. - Bernama