X

Kindly register in order to view this article
!

Polis Marin patahkan cubaan seludup minuman keras

Suspek yang ditahan bersama arak yang dirampas PPM Wilayah Dua menerusi dua sebuan di sekitar Johor Bahru semalam.
A
A

JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor berjaya menahan seorang lelaki tempatan berumur 48 tahun dan merampas sejumlah 525 karton minuman keras tidak bercukai serta sebuah kenderaan jenis Hyundai dianggarkan bernilai RM441,789 dalam dua serbuan di sekitar Johor Bahru, semalam.

Komandernya, Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah berkata, hasil maklumat diperoleh daripada risikan, kegiatan penyeludupan berkenaan dipercayai bermula dari Stulang Laut dibawa menaiki kenderaan ke tempat simpanan sementara, di premis-premis yang telah ditetapkan sebelum diedar ke pasaran.

"Kesemua barang rampasan dibawa ke Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor untuk tindakan lanjut.

Arak yang dirampas PPM Wilayah Dua menerusi dua serbuan di sekitar Johor Bahru semalam.
Arak yang dirampas PPM Wilayah Dua menerusi dua serbuan di sekitar Johor Bahru semalam.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d), Akta Kastam 1967," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Muhd Zailani, PPM Wilayah Dua sentiasa meningkatkan operasi dan memperketatkan kawalan perairan negara daripada dibolosi sindiket penyeludupan yang sentiasa mengubah taktik bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

"Operasi bersepadu dengan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah dan balai polis pesisir pantai ditingkatkan bagi membanteras sindiket penyeludupan ini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!