'Memang gementar tetapi...'

Yang di-Pertuan Agong dan Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan menikmati santapan tengah hari di Restoran McDonald Indera Mahkota, Kuantan. - Foto Instagram Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong dan Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan menikmati santapan tengah hari di Restoran McDonald Indera Mahkota, Kuantan. - Foto Instagram Istana Negara
A
A
A

KUANTAN - Perasaan gementar itu memang ada tetapi Alhamdulillah dapat kawal dan memberi perkhidmatan terbaik ketika Agong mencemar duli di sini, demikian reaksi kakitangan restoran makanan segera, Nursuhaily Natasha, 21, selepas dikejutkan dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdulllah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mencemar duli bersantap di restoran tersebut Selasa lalu.

Seri Paduka diiringi Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

Nursuhaily memberitahu pertemuan kali itu pertama sejak beliau enam bulan bertugas di restoran yang terletak di Indera Mahkota, Kuantan itu.

"Kalau diikutkan memang kali pertama bertemu Yang di-Pertuan Agong. Sebelum ini pernah nampak pada majlis ketika Seri Paduka mencemar duli. Bagi rakyat Pahang, sudah menjadi kebiasaan melihat Tuanku yang memang berjiwa rakyat.

"Ketika baginda mencemar duli, memang ada perasaan gementar tetapi gembira dan teruja," katanya kepada Sinar Harian.

Ketika ditanya mengenai menu pilihan Yang di-Pertuan Agong, anak jati Kampung Bugis Beserah berkata, Seri Paduka semestinya memilih satu set makanan cheese burger.

Anak bongsu daripada lima beradik itu teruja kerana berpeluang berkhidmat kepada terhadap Yang di-Pertuan Agong bersama anakanda baginda kerana peluang itu cukup bermakna.

Semalam, dalam kenyataan Instagram Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong dan Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan menikmati santapan tengah hari di Restoran McDonald Indera Mahkota, Kuantan selepas berangkat pulang dari Makam Diraja Pekan.

Artikel Berkaitan:

Turut berangkat Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

Baginda bersantap bersama dua anakanda sebelum berangkat pulang ke Istana Negara.

Menerusi komen netizen, ramai menyakat jurujual kaunter hadapan restoran tersebut yang pastinya gementar ketika mengambil pesanan Yang di-Pertuan Agong dan tidak kurang juga menyifatkan Nursuhaily seorang yang bertuah kerana dapat bertemu baginda.