Van de Beek kena kuat mental, fizikal

Van de Beek antara penyerang muda yang menyerlah di peringkat Eropah.
Van de Beek antara penyerang muda yang menyerlah di peringkat Eropah.
A
A
A

LEGENDA Manchester United, Robin van Persie mengingatkan Donny van de Beek bahawa pemain muda itu perlu bersedia mental dan fizikal berdepan tekanan tinggi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang perpindahannya ke Old Trafford.

Menurut bekas pemain Arsenal itu, saingan EPL cukup kompetitif dibandingkan dengan pentas Eredivisie tidak meletakkan tanda harga seseorang pemain berkenaan untuk berjaya tanpa kerja keras dan usaha gigih.

“Saya sangat gembira apabila dikhabarkan Van de Beek datang ke saingan liga tertinggi Inggeris ini, sesuatu yang bagus untuk masa depan karier bola sepaknya.

“Cumanya suka saya ingatkan Van de Beek bahawa saingan EPL dan Eredivisie merupakan dua dunia yang jauh sekali berbeza.

“Satu lagi adalah tanda harga Van de Beek bukan lagi sesuatu yang boleh dibanggakan apabila berada di ruang persalinan pemain-pemain Manchester United,” kata Van Persie yang pernah menjadi pemangkin kepada kejuaraan The Red Devils pada musim 2012/13.

Tambah Van Persie lagi, pada usia 23 tahun adalah masa yang tepat untuk produk Ajax Amsterdam itu beraksi di saingan liga paling popular dunia berkenaan.

“Saya agak muda ketika datang ke Arsenal, dan apabila berada di bilik persalinan, saya dianggap sebagai pemain masa depan. Status kejuaraan Piala UEFA 2001/2002 yang dimenangi dengan Feyenoord Rotterdam sebelum itu tidak bermakna sebagai ukuran di saingan EPL.

“Van de Beek akan dibawa masuk dengan status pembelian utama kelab tetapi dia akan mengetahui bahawa terdapat 22 pemain lagi di Old Trafford berstatus pembelian utama kelab sebelum ini, yang mungkin nilai lebih besar daripada yang lain.

Artikel Berkaitan:

“Jadi ini bermaksud Van de Beek harus menyesuaikan diri di sana dengan segera baik aspek fizikal dan mental sesuai dengan status Manchester United sebagai sebuah kelab digeruni dan dihormati lawan," katanya.

Kehadiran Van de Beek dijangka memperkuatkan bahagian tengah skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer yang sudah pun memiliki Paul Pogba dan Bruno Fernandes.

Van de Beek membuat 175 penampilan dan menjaringkan 41 gol sepanjang bersama gergasi Belanda berkenaan.