Lewandowski mahu beraksi 10 tahun lagi

Lewandowski mencipta impak tersendiri bersama Bayern Munich pada musim ini.
Lewandowski mencipta impak tersendiri bersama Bayern Munich pada musim ini.
A
A
A

PENYERANG sensasi Bayern Munich, Robert Lewandowski menegaskan bahawa dia mahu terus beraksi di pentas bola sepak sehingga usia 40 tahun selepas melabuh tirai musim ini dengan pencapaian membanggakan bersama Die Roten.

Menurut pemain berusia 32 tahun itu, dia tidak berhasrat menghadkan momentum cemerlangnya pada usia sekarang kerana merasakan dirinya mampu meneruskan aksi konsisten di tahap terbaik.

“Sejujurnya pada ketika ini saya merasakan kudrat berusia 26 tahun dan saya tidak pernah memikirkan pengakhiran karier biarpun usia kini 32 tahun.

“Jika boleh saya mahu beraksi sehingga umur 40 tahun kerana kontrak semasa bukan yang terakhir saya. Saya mahu bermain lebih lama dan meraih lebih banyak lagi kejuaraan sama dengan cara rakan-rakan saya di Munich,” katanya.

Lewandowski melabuhkan tirai musim ini dengan mencipta kejayaan bersama Bayern Munich dengan mendakap kejuaraan Bundesliga, Piala Jerman dan Liga Juara-Juara.

Dia juga mencipta rekod tersendiri apabila muncul penjaring terbanyak Bundesliga dengan 34 gol, Piala Jerman (enam gol) dan Liga Juara-Juara (15 gol) menjadikan keseluruhannya 55 gol dalam 47 perlawanan dengan terbaharu dipilih pemain tahunan terbaik bola sepak Jerman.

Artikel Berkaitan: