Polis Sarawak serbu premis judi tanpa lesen

PDRM
PDRM
A
A
A

KUCHING – Polis Sarawak minggu lepas telah menyerbu 21 premis perjudian tanpa lesen dengan 13 daripadanya didapati menjalankan kegiatan judi 4D tanpa lesen dan lapan lagi aktiviti perjudian dalam talian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai berkata, hasil operasi dari 19 hingga 25 November itu 26 individu yang terdiri daripada 10 wanita dan 16 lelaki berusia antara 18 hingga 64 tahun ditangkap dan sejumlah RM2,843 dirampas.

Katanya, lima serbuan itu dijalankan di Kuching Padawan, Sibu (3), Miri (5), Kota Semarahan (1), Maradong (1), Serian (2), Sarikei (1) dan Sri Aman (1).

“Dengan bantuan Sarawak Energy juga, sejak 1 Ogos tahun ini, sejumlah 256 presmis yang disyaki telibat dengan aktiviti judi 4D tanpa lesen ini telah diputuskan bekalannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Leong berkata, pihaknya berharap, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan perjudian tanpa lesen ini untuk membantu membenterasnya dengan menyalurkan maklumat ke Hotline CID Sarawak 082-274213. - Bernama

Artikel Berkaitan: