Jual anak sebab tak mampu bayar kos pembedahan

Shiv Charan berhutang sebanyak 35,000 rupee (RM1,984.71) selepas isterinya, Babita melahirkan anaknya secara pembedahan. - Foto Times of India
Shiv Charan berhutang sebanyak 35,000 rupee (RM1,984.71) selepas isterinya, Babita melahirkan anaknya secara pembedahan. - Foto Times of India
A
A
A

NEW DELHI - Pasangan suami isteri terpaksa menjual anak yang baharu dilahirkan kerana tidak mampu membayar kos pembedahan di sebuah hospital di Agra di sini.

Shiv Charan berhutang sebanyak 35,000 rupee (RM1,984.71) selepas isterinya, Babita melahirkan anaknya secara pembedahan, lapor Times of India.

Berikutan tidak memiliki wang mencukupi, Shiv yang bekerja sebagai penarik beca dengan pendapatan 100 rupee (RM6) sehari terpaksa meminta hospital berkenaan 'menjual' anaknya.

Pihak hospital bersetuju untuk 'membeli' anak mereka dengan harga 100,000 rupee (RM5,671).

Pengurus Seema Gupta kemudian menjelaskan bahawa pasangan itu menyerahkan anak mereka sebagai anak angkat kepada mereka yang memerlukan cahaya mata malah telah menandatangani perjanjian tersebut.

Pasangan suami isteri itu mempunyai lima anak dan tidak dapat menampung kos perbelanjaan seharian mereka.

Keadaan menjadi lebih sukar setelah kilang kasut tempat anak sulung mereka bekerja terpaksa ditutup kerana pandemik koronavirus (Covid-19).

Bagaimanapun kisah penuh menyayat hati itu tular di laman sosial selepas wanita berusia 36 tahun meminta anaknya kembali.

Artikel Berkaitan:

Kisah mereka menjual anak dipercayai digesa oleh pihak pengurusan hospital dengan meminta cap jari bagi menandatangani perjanjian sedangkan kedua-duanya adalah buta huruf.

Pegawai undang-undang tempatan, Prahbu N Singh akan membantu dan menyiasat perkara tersebut dan sekiranya isu tersebut benar, pihak hospital boleh didakwa.

Kerajaan India telah memberi amaran keras kepada orang ramai berkaitan kes pemerdagangan manusia dengan alasan 'membeli anak-anak' kerana ia menyalahi undang-undang.