X

Kindly register in order to view this article
!

Tahfiz Al Iman perlu sumbangan

Tahfiz Al Iman terletak di Taman Bangi Avenue memerlukan sumbangan orang ramai bagi membolehkan operasi tahfiz berjalan dengan lancar.
A
A

KAJANG - Tahfiz Al Iman yang terletak di Taman Bangi Avenue di sini memerlukan sumbangan orang ramai bagi membolehkan pelajarnya menuntut ilmu dengan selesa selain memastikan institusi berkenaan beroperasi dengan lancar.

Setiausaha Badan Pelaksana Tahfiz Al Iman, Azmah Zakaria berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan kerajaan, pihaknya mengalami kekangan kewangan bagi meneruskan operasi tahfiz.

Menurutnya, sebahagian besar ibu bapa pelajar tidak mampu membayar kos pengajian anak-anak mereka berikutan pendapatan terjejas ketika PKP.

“Tahfiz ini ada seramai 66 orang pelajar, 25 adalah pelajar perempuan manakala selebihnya lelaki. Selepas PKP, kami hadapi kekurangan dana untuk beroperasi dengan lancar.

“Kebanyakan pelajar berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, kami pun tak dapat paksa ibu bapa mereka untuk bayar kos pengajian tertunggak kerana faham situasi masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian.

Kos operasi tahfiz termasuk sewa bangunan, gaji kakitangan, makanan dan penyelenggaraan hampir RM50,000 setiap bulan.
Kos operasi tahfiz termasuk sewa bangunan, gaji kakitangan, makanan dan penyelenggaraan hampir RM50,000 setiap bulan.

Azmah berkata, pihaknya mengambil alih tahfiz berkenaan daripada pengasasnya dan ia berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Katanya, kos operasi tahfiz termasuk sewa bangunan, gaji kakitangan, makanan dan penyelenggaraan hampir RM50,000 setiap bulan.

“Disebabkan masalah kewangan yang dihadapi, gaji kakitangan sudah tertunggak beberapa bulan. Walaupun mereka ini berkhidmat demi ALLAH SWT namun mereka ini juga punya keluarga untuk ditanggung.

“Saya bimbang tahfiz dibuka sejak enam tahun lalu ini terpaksa ditutup jika pihak kami langsung tidak mempunyai dana untuk terus beroperasi. Kalau ditutup saya rasa berdosa sangat sebab pelajarnya berpotensi,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan wang tunai ke akaun Bank Islam atas nama Tahfiz Al Iman (12029010073817)

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi Pengerusi Badan Pengelola Tahfiz Al Iman, Mohd Syamsul Maksud di talian 0192251300.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!