Bekas tentera ditahan cederakan isteri

Suspek dikatakan menumbuk dan menampar isterinya kerana mendakwa wanita itu curang. (Gambar hiasan 123RF)
Suspek dikatakan menumbuk dan menampar isterinya kerana mendakwa wanita itu curang. (Gambar hiasan 123RF)
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang bekas tentera ditahan polis kerana disyaki mencederakan isterinya dalam kejadian di Bandar Puteri Jaya kira-kira jam 5 pagi pada Ahad lalu.

Adzli Abu Shah
Adzli Abu Shah

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian berlaku ketika pasangan berkenaan bergaduh dalam sebuah bilik sebelum lelaki berusia 36 tahun itu dikatakan menumbuk dan menampar isterinya.

Menurutnya, pergaduhan itu berlaku selepas lelaki berkenaan menuduh isterinya yang berusia 30 tahun curang.

"Suspek yang naik angin dikatakan menumbuk mata sebelah kanan, menampar kepala dan pipi sebelah kiri sehingga hujung kening kiri mangsa luka.

"Akibat kejadian itu, mangsa telah keluar dari rumah terbabit semalam dengan membawa empat anak berusia satu hingga tujuh tahun," katanya.

Katanya, mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani.

Difahamkan, pasangan itu sudah berkahwin sejak lapan tahun lalu, namun lelaki itu yang merupakan seorang tentera telah diberhentikan perkhidmatan pada 2019 akibat terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Artikel Berkaitan:

Lelaki terbabit telah ditahan dan dikenakan perintah reman sehingga 4 September 2020 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.