13 ditahan merusuh kerana parkir

Nor Omar
Nor Omar
A
A
A

LUMUT - Sekumpulan 13 lelaki termasuk remaja berusia 16 tahun ditahan selepas didapati merusuh di hadapan Tokong Cina di Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor di sini semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 10.15 malam itu, kesemua mereka berusia 16 hingga 50 tahun ditahan anggota Balai Polis Pulau Pangkor dan Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan itu berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan masalah tempat letak kereta di Jeti Pulau Pangkor.

“Anggota menerima panggilan daripada orang awam mengatakan berlaku pergaduhan di lokasi tersebut.

“Tindakan pantas anggota berjaya menahan kesemua suspek. Ada di antara mereka mengalami luka-luka di badan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua suspek dibawa ke IPD Manjung untuk siasatan lanjut.

“Tiada sebarang senjata dirampas di tempat kejadian, namun kesemua mereka direman selama empat hari sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan merusuh,” katanya.

Artikel Berkaitan: