Harimau Sumatera ditemui mati terbelit dawai

Harimau Sumatera ditemui mati oleh pekerja ladang kelapa sawit di Riau - Foto Tribun News
Harimau Sumatera ditemui mati oleh pekerja ladang kelapa sawit di Riau - Foto Tribun News
A
A
A

PEKAN BARU - Seekor harimau Sumatera betina ditemui mati oleh pekerja ladang kelapa sawit di hutan di Riau.

Ketua Wilayah II Badan Pemuliharaan Sumber Asli Riau (BBKSDA), Heru Sutmantoro mengesahkan penemuan tersebut memberitahu harimau Sumatera itu ditemui kira-kira 45 meter dari lokasi konsesi PT Seraya Sumber Lestari, lapor Tribun News.

Heru menjelaskan bangkai harimau liar itu ditemui sudah reput di kawasan ladang kelapa sawit dan dianggarkan sudah mati 10 hari lalu.

"Pemeriksaan mendapati leher harimau Sumatera betina berusia lingkungan lapan hingga sembilan tahun itu terbelit dawai.

"Hasil pembedahan ke atas haiwan tersebut mendapati punca kematian akibat sukar bernafas kerana dawai terbelit pada lehernya," katanya.

Pada 27 Ogos lalu, seorang pekerja ladang kelapa sawit terkejut penemuan seekor bangkai harimau setelah menghidu bau busuk.

Artikel Berkaitan: