Kemenangan sudah dijangka

Suraya Yaacob
Suraya Yaacob
A
A
A

PENDANG - "Kemenangan BN dalam PRK Cameron Highland sudah dijangkakan namun ia bukanlah kerja mudah," kata Ketua Penerangan Umno Kedah, Datuk Suraya Yaacob.

Katanya, meskipun kemenangan sudah dijangkakan namun ia bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan usaha dan semangat juang yang tinggi dari semua lapisan kepimpinan.

"Melalui kempen kita berjaya menterjemahkan semangat kerjasama antara Pas dan Umno.

"Penurunan undi DAP juga menunjukkan rakyat dah mula bagi signal akan penolakkan mereka," katanya.

Menurut Suraya, rakyat sudah pun muak dengan janji palsu PH ketika berkempen kerana manifesto PRU 14 masih belum ditunaikan.

"Rakyat sekarang sudah bijak menilai dan tidak lagi mudah percaya akan kisah fitnah yang sentiasa dicanang oleh pihak kerajaan," katanya.

Artikel Berkaitan: