Tidak hadir konvensyen, penganjur sudah dimaklumkan awal

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
A
A
A

SHAH ALAM - Ketidakhadiran dua pemimpin UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) semalam sudah dimaklumkan lebih awal kepada pihak penganjur.

Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau dan Presiden parti itu berada di Sabah ketika program berkenaan berlangsung bagi mengadakan siri pertemuan bersama jentera parti di negeri berkenaan.

"Penganjur sudah dimaklumkan awal ketidakhadiran saya dan Presiden kerana kami berada di Sabah untuk siri-siri pertemuan dan penyelarasan dengan jentera Barisan Nasional (BN) di seluruh Sabah," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Asyraf Wajdi mengulas mengenai persoalan yang timbul mengenai ketidakhadiran beliau dan Ahmad Zahid pada konvensyen yang berlangsung di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Hadi pemimpin pertama buat SD sokong Muhyiddin jadi PM

Malah ketidakhadiran mereka pada program itu juga menjadi tanda tanya kepada banyak pihak kerana kedua-dua pemimpin terbabit dijadualkan berucap dalam konvensyen tersebut.

Program itu dihadiri Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pemuda Pas, Khairil Nizam Khiruddin serta Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Artikel Berkaitan: