Tiada sebab untuk lepas jawatan dalam parti: Rais Yatim

Rais sedang bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.
Rais sedang bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tan Sri Dr Rais Yatim berpandangan tiada sebab beliau meletak semua jawatan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas dilantik Speaker Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Rais bukan menjadi satu kesalahan atau melanggar Perlembagaan untuk Speaker Dewan Negara memegang jawatan dalam parti.

"Konvensyen juga menunjukkan Speaker Dewan Negara yang terdahulu, Tan Sri S A Vigneswaran tidak meletak jawatan. Beliau Presiden MIC.

"Jawatan saya pun tidak banyak, lebih kepada penasihat dan sebagai bekas Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan.

"Saya fikir soal itu tidak menjadi relevan kerana konvensyen sudah ada bahawa Yang Dipertua terdahulu masih berperanan dalam politik sedikit sebanyak tanpa letak jawatan," katanya di Dewan Negara di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Rais perlu letak jawatan dalam politik: Senator pembangkang

Rais berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung gesaan Senator pembangkang supaya beliau melepaskan semua jawatan dalam parti bagi mengurangkan mesej politik di Dewan Negara.

Mengulas lanjut, Rais berkata, walaupun beliau masih mempunyai jawatan dalam Bersatu namun keutamaan beliau ialah persidangan Dewan Negara.

Artikel Berkaitan: