Terserah kepada MB untuk bubar DUN

Onn Hafiz melepaskan 23 petugas media Johor dalam Majlis Pelepasan Farmtirp Majestic Johor Bersama Media di pekarangan Pusat Maklumat Pelancongan Johor (Jotic), Johor Bahru, hari ini.
Onn Hafiz melepaskan 23 petugas media Johor dalam Majlis Pelepasan Farmtirp Majestic Johor Bersama Media di pekarangan Pusat Maklumat Pelancongan Johor (Jotic), Johor Bahru, hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) diserahkan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) jika kemelut politik di negeri ini berpanjangan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layang-Layang, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Hasni yang juga Pengerusi UMNO negeri lebih mengetahui masa yang sesuai termasuk sama ada perlu atau tidak berbuat demikian.

"Dalam senario hari ini segala kemungkinan boleh berlaku (dalam politik Johor). Kita serahkan kepada Menteri Besar Johor selaku ketua kerajaan di peringkat negeri atas nasihat Sultan Johor untuk membuat keputusan.

"Saya yakin beliau dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan membuat keputusan terbaik untuk kepentingan rakyat," katanya.

No Image Caption

Beliau yang juga Exco Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan Farmtirp Majestic Johor Bersama Media di pekarangan Pusat Maklumat Pelancongan Johor (Jotic) di sini hari ini.

Onn Hafiz mengulas kemungkinan usul membubarkan DUN dibentangkan dalam persidangan DUN pada 10 dan 13 Ogos ini susulan keadaan politik di Johor yang kembali tidak menentu selepas tindakan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian baru-baru ini.

Osman dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Perak, menyokong calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi berkempen dan perbuatannya mengundang kecaman dan pelbagai persoalan termasuk kemungkinan Osman melompat parti.

Artikel Berkaitan:

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Johor ketika ini mempunyai majoriti tipis iaitu 29 kerusi DUN manakala Pakatan Harapan (PH) pula mempunyai 27 kerusi DUN.

PN menerusi UMNO mempunyai 14 kerusi, Bersatu (11), MIC (2), Pas (satu) dan Bebas (1) sementara PH pula melalui DAP (14), Amanah (9) dan PKR (4).

Onn Hafiz berkata, beliau melihat PH dan pemimpin tertentu lebih berminat bermain politik dalam keadaan ekonomi serta keadaan rakyat yang tidak menentu ketika ini kesan daripada pandemik koronavirus (Covid-19).

"Mereka sepatutnya memberi perhatian menyelesaikan isu serta permasalahan rakyat dan bukan mengambil kesempatan dalam keadaan politik yang tidak menentu ketika ini," katanya.